top of page

SKOP ICTL

​Skop ICTL sekolah menengah mengandungi empat domain utama, antaranya:
​
a) Computer Lab Management
b) Computer Hardware
c) Computer Software
d) Networks and The Internet​​

MENGENAI PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER

 

Dalam pengurusan makmal komputer , beberapa aspek perlu di di ambil kira supaya penubuhan makmal komputer dapat direalisasikan secara berkesan. Antara aspek yang paling ialah mengenai kemudahan fizikal dan perkakasan.


Kemudahan Fizikal

  • Bilik mestilah selesa dan keluasannya mencukupi untuk menampung bilangan komputer, ini pula bergantung kepada peruntukan yang diberi oleh Kementerian Pendidikan , Syarikat Swasta atau orang perseorangan.
  • Bilik komputer sesuai dan boleh dihubungkan secara "Local Area Networking" menggunakan Windos Nt untuk   program pembelajaran berbantukan komputer boleh dijalankan.
  • Peralatan untuk pengajaran komputer seperti perisian, panel LCD, OHP dan skrin tayangan perlu diadakan.
  • Kemudahan perabut yang mencukupi termasuk meja, kerusi, almari, rak, papan tulis (white board) dan perkakasan lain seperti penyedut hampagas dan penyapu.
  • Sistem pendawaian elektrik pula mestilah selamat dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendawaian Jabatan Kerja Raya atau pengesahan dari pihak swasta yang bertauliah.
  • Alat bantuan kebakaran seharusnya disediakan sebagai langkah persediaan untuk kebakaran.
  • Lokasi makmal komputer sebaik-baiknya hendaklah berhampiran dengan bilik guru atau pejabat sekolah. Ini bersesuai kerana kerana dari segi keselamatan ia mudah dikawal selia juga memudahkan guru dan pelajar berulang-alik. Elakkan bilik komputer yang berjauhan dan terpencil, ini akan memudahkan berlakunya pecah masuk terutamanya pada masa cuti sekolah.


Keselamatan Makmal.
Bagi menjamin keselamatan makmal dan penggunanya juga perkakasannya beberapa ciri-ciri yang perlu diikuti seperti :


  • Talian elektrik mesti dilindungi dari capaian pelajar .
  • kedua-dua pintu tidak boleh dikunci semasa kelas berjalan Pastikan pelan larian kecemasan ditempatkan disekitar kawasan maklaml agar pelajar dapat mengetahui kearah mana mereka patut pergi jika berlaku kecemasan atau kebakaran.
  • Sebaik-baiknya adakan latihan kebakaran secara berkala dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat atau guru-guru yang berpengalaman.
  • Maklumat seperti soalan peperiksaan , maklumat pelajar dan guru perlu dijaga dan orang-orang tertentu sahaja yang boleh mendapatkannya.
  • Simpan "backup" khasnya untuk data yang penting.
  • Adakan perisian Anti Virus yang terkini.
bottom of page